Senja itu,Thahirah bersendirian di rumah.Air hujan yang turun membasahi bumi kian lebat.Umi dan abi masih belum pulang dari rumah nenek.Thahirah hanya duduk di atas sofa berlapikkan tilam yang tebal kerana kesejukan.Dia memejamkan matanya.Rasa bosan menghuni diri.Thahirah pun bangun berjalan menuju ke tingkap ruang tamunya lalu menguakkan sedikit tingkap tersebut .Angin di luar rumah yang tersepoi-sepoi meniup lembut ke arah rambutnya yang ikal.Nyaman sungguh terasa.Lamunan Thahirah berhenti sebaik sahaja terdengar bunyi deringan dari handsetnya.Nama Umi tertera di skrin.
No comments:
Post a Comment